Analisis Warna Peribadi merupakan ilmu seni menata warna mengikut keserasian pigmen hemoglobin dan karotin dalam darah kita, yang pada asasnya menentukan sama ada kita bertona Suam atau Dingin. Jadi tidak hairanlah mengapa ramai yang sanggup berbelanja wang yang besar untuk mendapatkan analisis warna peribadi mereka. Dalam blog ini kita akan mempelajari analisis warna peribadi untuk kalian yang bertona warna Dingin. Sekiranya anda ingin membaca tentang warna yang cocok dengan tona warna Suam, anda boleh membaca di sini.

Sekiranya anda tidak pasti tona warna anda Suam atau Dingin, anda boleh teruskan membaca dan ikuti panduan di bawah.

Adakah tona anda Suam atau Dingin?

Asas kepada analisis warna peribadi ialah mengetahui sama ada kita dalam kumpulan tona warna Suam atau Dingin. Tona warna kita adalah kekal sepanjang hayat. Tidak kiralah sama ada kita telah berjemur, atau pun mengambil pil pemutih (tidak digalakkan untuk kesihatan organ hati). Ini kerana tona warna kita ditentukan oleh jumlah pigmen merah (hemoglobin) dan jumlah pigmen kuning (karotin) dalam darah kita.

Gabungan pigmen-pigmen inilah yang menentukan tona warna kita. Dan tentunya gabungan pigmen-pigmen ini kekal, sama ada warna kulit kita semakin cerah atau gelap. Cara untuk mengetahui tona warna kita mudah sahaja.

1. Berdiri di tempat yang mempunyai cahaya semula jadi yang cukup. Seeloknya di dalam rumah dan bukan cahaya yang terlalu terang.
2. Lihat di bawah pergelangan tangan anda. Periksa warna urat-urat yang kelihatan di situ.
3. Sekiranya urat-urat anda kehijauan, tona warna anda ialah Suam.
4. Sekiranya urat-urat anda keunguan, tona warna anda ialah Dingin.

Kalian yang bertona warna Suam sangat cantik bila menggayakan warna-warna tanah. Warna-warna ini kurang dapat digayakan oleh si tona Dingin dengan berkesan. Sekiranya anda bertona Suam, anda boleh meneruskan pembacaan anda di sini.

Wirdora Izara Scarf Ring Golden

Kalian yang bertona warna Dingin, anda memang cukup sesuai menggayakan warna-warna air. Warna-warna ini menonjolkan ciri-ciri kecantikan anda dan menjadikan anda tampak menarik secara semula jadi. Tentunya lebih mudah untuk mencari padanan untuk digayakan apabila kita membeli pakaian dan aksesori berpandukan warna ‘musim’ anda.

Wirdora Izara Scarf Ring Montana

Selain mudah mencari pandanan, panduan dari tona warna anda juga memudahkan proses memilih ketika membeli-belah. Rambang mata memang mudah terjadi, terutama sekali juga meninjau di laman web Wirdora. InsyaAllah dengan panduan warna ‘musim’ masing-masing, #WirdoraLovers menjadi pengguna yang bijak.

Tona warna saya Dingin. Bagaimana ya untuk bergaya?

Saya bertona warna Dingin menurut panduan yang diberikan. Saya sudah lama ingin ‘melamar’ set Rivoli di laman web Wirdora tetapi kurang pasti warna biru yang mana harus saya pilih. Saya berkenan dengan Rivoli Blue Zircon dan Rivoli Paradise Shine. Tak tidur malam dibuatnya. Yang mana satukah harus saya pilih?

Pasti ramai juga yang tertanya-tanya tentang pilihan warna yang lebih tepat dan sesuai, setelah mengetahui tona warna masing-masing. Di sini, ilmu warna ‘musim’ memainkan peranan yang penting dalam pemilihan warna yang terbaik untuk anda. Kalian yang bertona Dingin sedia maklum yang warna hijau hingga ke warna ungu pada roda warna merupakan pilhan paling tepat untuk kalian. Tetapi sekiranya ada dua tona biru yang anda suka, yang mana satu harus dipilih?

Jangan gusar, ikuti panduan di bawah untuk mengetahui warna ‘musim’ anda sebagai pembeli yang bijak. Sama seperti cara menentukan tona warna anda, anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah mudah seperti yang dinyatakan di bawah.

1. Sediakan cermin dalam bilik yang mempunyai cahaya semula jadi yang cukup. Elakkan cahaya yang terlalu terang dari luar.
2. Rapatkan cermin ke muka untuk mengamati mata anda.
3. Lihat sama ada terdapat garis-garis halus dari anak mata yang merentas sekeliling iris pada mata anda.
4. Sekiranya ada garis-garis halus, warna ‘musim’ anda ialah ‘Musim Sejuk’.
5. Sekiranya tiada garis-garis halus merentas sekeliling iris, warna musim anda ialah ‘Musim Panas’.

Jadi jawapan untuk soalan di atas, sekiranya warna ‘musim’ anda ialah Musim Sejuk, anda digalakkan menggunakan warna-warna yang lebih legap dan gelap. Warna yang dipilih seharusnya dari warna-warna tona Dingin. Oleh yang demikian, kalian yang mempunyai tona warna Musim Sejuk memang nampak menyerlah dengan Rivoli Blue Zircon.

Wirdora Rivoli Hijab Pin Blue Zircon

Lain pula halnya jika tona warna anda ialah Musim Panas, anda digalakkan menggunakan warna-warna yang terang dan cerah. Semestinya warna-warna yang dipilih terdiri dari warna tona Dingin. Oleh itu, kalian yang mempunyai tona warna Musim Panas memang cantik mengenakan Rivoli Paradise Shine.

Wirdora Rivoli Brooch Blue Paradise

Memadankan penataan gaya dengan pilihan warna aksesori yang berkesan mengikut warna ‘musim’ anda menyerlahkan kecantikan semula jadi seseorang. Seorang wanita yang bijak bergaya hanya menggunakan yang terbaik untuk dirinya, sejajar dengan matlamat dan prinsip yang dipegang. Jarang sekali kita melihat wanita berjaya yang berkeyakinan menggunakan aksesori yang kelihatan melampau. Konsep kesederhanaan dan pemilihan aksesori yang berkesan kunci kepada gaya wanita yang berjaya.

Wirdora berbesar hati untuk memberikan yang terbaik untuk ketrampilan #WirdoraLovers, selain memberi khidmat nasihat dalam penataan gaya berhijab. Sekiranya anda mempunyai apa-apa soalan mengenai penggayaan hijab, ataupun berkenaan aksesori Wirdora, boleh terus menghubungi kami dan kami sedia berkhidmat untuk anda. Wirdora, Your Faithful Companion.

Jika anda tertarik dengan ilmu analisis warna peribadi, nantikan blog dari kami yang akan datang. Kami akan ceritakan bagaimana kalian boleh menata warna-warna pilihan anda dengan berkesan, dengan mengenal pasti tahap kroma (ketepuan warna) mengikut warna ‘musim’ anda.