Seindah kirana. Pancaran sinaran sang suria. Begitulah Brooch Kirana dari Wirdora yang bergemerlapan, memancarkan sinar seindah mentari. Seperti namanya, Brooch Kirana dari Wirdora yang bertatahkan kristal Swarovski, bermain dengan cahaya yang dipantulkan olehnya. Kirana, yang juga membawa maksud cantik, elok, indah, dan cahaya yang terang amatlah cantik rekabentuknya. Sekali terpandang si Kirana dari Wirdora, memang terpanalah jawabnya.

 

Inspirasi Bentuk Brooch Kirana

Mana taknya, dengan bentuk bujur sirih yang klasik dan elegan. Brooch Kirana dari Wirdora memukau si pemandang, kalau tak percaya singgahlah ke Wirdora HQ untuk melihatnya sendiri. Menurut tradisi Melayu, daun sirih memang simbolik dengan adat kita. Bagai alat komunikasi tanpa lisan, daun sirih menjadi lambang tertib sebelum membuka bicara. Tidak kurang juga seperti Brooch Kirana dari Wirdora, bentuk sirih merupakan simbol rendah diri dan rasa hormat, selain menjadi penyeri.

Tidak salah jika Brooch Kirana dijadi sebagai pengganti sebagai hadiah untuk bakal ibu mertua, tak gitu?

Wirdora Kirana Brooch Smoky Mauve

 

Rekabentuk Brooch Kirana

Seperti aksesori hijab dari Wirdora yang lain-lain, Brooch Kirana diperbuat dari bahan logam berkualiti dan bertatah kristal asli dari Swarovski. Sebagai Branding Partner Swarovski yang sah, setiap aksesori yang dijual oleh Wirdora didatangkan dengan pelekat yang mengesahkan keaslian kristal Swarovski yang digunakan. Jadi tidak hairanlah jika aksesori yang dibeli tahan lama dan pelanggan setia Wirdora menjadi pelanggan tetap bertahun-tahun lamanya.

Brooch Kirana dari Wirdora diperbuat dari kristal Swarovski yang dinamakan Pear Fancy Stone, dan dikelilingi oleh 19 kristal chaton. Bagai bulan dipagari bintang, kata orang. Pear Fancy Stone mempunyai permukaan yang pelbagai canai (facet) dan potongan, menjadikan pancaran cahayanya cerah dan terang. Brooch Kirana dari Wirdora disadur dengan logam Rhodium untuk memastikan tiada kesan alergi dan supaya aksesori anda sentiasa kelihatan baharu.

Sememangnya kualiti merupakan tonggak jenama Wirdora dalam aksesori hijab. Maka kualiti pin yang digunakan pada Brooch Kirana adalah seperti piawai Wirdora, iaitu setajam jarum dan tidak akan merosakkan fabrik hijab anda. Selain itu, pemegang pin yang digunakan adalah teguh dan tidak bergoyang-goyang. Setiap aksesori hijab dari Wirdora menjalani pemeriksaan kualiti yang ketat sebelum dijual kepada pelanggan.

Wirdora Kirana Burgundy Delite

 

Warna-warna Menarik Brooch Kirana

Jika ada satu perkara yang agak sukar diterima mengenai Brooch Kirana ini, ia adalah rambang mata untuk memlilih warna pilihan hari. Didatangkan dalam sembilan warna yang memikat, Brooch Kirana dari Wirdora sememangnya mudah untuk dipadankan dengan pelbagai warna. Ditambah pula dengan pancaran cahaya dari kristal Swarovski, Brooch Kirana dari Wirdora versatil dan menarik.

Untuk peminat warna legap, Brooch Kirana bewarna Jet Black, Montana sememangnya tampak klasik dan regal. Warna legap yang memantulkan cahaya berkerlipan yang suram tetapi menyerlahkan kepaduan batu kristal yang berkualiti dari Swarovski. Amat sesuai bagi mereka yang mementingkan kualiti tetapi tidak mahu berlebih-lebihan dalam penataan gaya mereka.

Bagi yang mencari aksesori hijab yang serba boleh dipadankan pula, warna Aurora Borealis dan Crystal merupakan pilihan yang mudah dan selamat. Warna-warna ini bermain dengan kilauan cahaya, tidak kira warna apa yang anda pakaikan. Sememangnya kedua-dua warna ini pilihan ramai yang mahukan penggayaan mudah dan tidak perlu terlalu banyak bercongak-congak tentang gaya.

Lima lagi warna Brooch Kirana dalam rona pastel dan lembut, menyerlahkan gaya moden wanita berkerjaya anda. Pilihlah mana-mana antara Cappucino, Lavender Delite, Burgundy Delite, Grey Delite, atau Smoky Mauve. Seelok-eloknya pilihlah yang bertepatan dengan warna peribadi anda atau warna yang sesuai dengan kebanyakan pakaian anda. Pilihan warna yang tepat dengan kulit, busana, dan personaliti menjadikan Brooch Kirana pilihan anda menjadi elemen asas penataan hijab anda.

Wirdora Kirana Black Jet

 

Penataan Gaya Brooch Kirana

Brooch Kirana dari Wirdora bersaiz sedang. Tidaklah sekecil Circle Brooch, tetapi tidak sebesar Brooch Rafflesia. Saiz Brooch Kirana adalah sebesar/sekecil 1.7cm*2.2cm. Oleh sebab itu, Brooch Kirana boleh dipakai sama ada di bawah dagu mahupun di bahu.

Sekiranya digunakan dibawah dagu, pusingkan posisi Brooch Kirana supaya bahagian yang lebih lebar terletak di bawah dagu anda. Bahagian yang runcing pula dihalakan ke bawah, memberi penataan yang menarik yang tidak terlalu menonjol. Ini juga menjadikan penggunaan Brooch Kirana lebih selesa di bawah dagu.

Selain itu, sepasang Brooch Kirana boleh digunakan untuk menetapkan kedudukan hijab di bahagian bahu sambil menyerlahkan penampilan profesional anda. Kedudukan hijab yang tidak teralih-alih dan kemasan aksesori yang bergaya, tentunya memberi keselesaan dan keyakinan. Wirdora, Your Faithful Companion, tetap setia bersama anda melalui hari-hari di pejabat yang penuh dengan kegembiraan dan juga cabaran.

Jika anda mahu tampak bergaya, cubalah gayakan dua Brooch Kirana bagai anting-anting sambil menetapkan posisi hijab anda. Tampil menarik dan bergaya di majlis makan malam atau upacara istimewa dengan stail yang berdaya tarikan. Tentu para hadirin majlis akan mengingati penampilan anda yang ‘extra’. Aksesori Wirdora sememangnya lebih berbaloi kerana boleh mempelbagaikan penataan gaya anda dari yang ringkas hinggalah ke tahap extravaganza.

Wirdora Kirana Aurora Borealis

Brooch Kirana Pilihan Hati

Jadi bagaimana? Brooch Kirana yang mana satukah pilihan hati? Yang mana satukah pilihan hati untuk menemani anda di pejabat? Brooch Kirana yang mana paling sesuai sebagai hadiah kepada bakal ibu mertua sebagai lambang rendah diri dan rasa hormat? Apa-apa pun jawapannya, janganlah berlengah-lengah mendapatkan Brooch Kirana yang menawan hati anda dari Website Wirdora HQ atau dari #WirdoraWarriors kami sebelum Brooch Kirana habis terjual.