Kisah fiksyen dalam blog Wirdora ini diinspirasikan oleh perkara-perkara biasa dalam kehidupan kita sehari-hari. Kisah ini ialah rekaan Wirdora semata-mata dan tiada perkaitan dengan mana-mana orang perseorangan ataupun keluarga yang masih hidup atau sudah kembali ke rahmatullah.

“Begini. Guna cara begini kan senang,” kataku seraya mengambil semula pensel dari tangan kecil anakku. Bukan aku tidak mahu mengajarnya menulis, tetapi dia sudah berkali-kali menempek padaku. Meminta untuk diajar menulis. Kalau dia bukan berumur tiga tahun, memang sudah lama aku naik angin. Namun, mengajar kanak-kanak yang masih tiada keperluan untuk menulis pun boleh mendatangkan stress juga.

Apatah lagi kerana aku ada tugasan yang perlu dihantar kepada boss sebelum jam enam. Jika aku tidak menenangkan puteri kecil ini dengan permintaannya, memang tidak akan ada peluang untuk menghadap kerjaku. Aku berharap selepas bermain dengan aku sebentar, dia akan kepenatan dan meminta susu. Dapatlah aku menyiapkan kerja aku barang sejam dua. Itu pun sudah cukup.

Abang-abang yang berjarak umur agak jauh dengan si puteri ini menyebabkan dia sering diketepikan ketika mereka bermain. Apabila melihat abang-abang melukis dan menulis, dia juga ingin turut serta. Tentu sekali si puteri diketepikan kerana tidak tangkas dan cekap seperti mereka. Terpaksalah si ibu menjadi tempat mengadu yang tidak pernah berat sebelah kepada mana-mana pihak.

Jika ayahnya di rumah, memang ayahlah tempat dia bermanja. Hanya ayah sahaja yang boleh membuatkan dia lupa dengan kemarahan terhadap abang-abangnya. Sekejap sahaja bermain dengan ayah, dia akan tertidur dalam pelukan ayah. Tetapi apabila bersama dengan aku, banyak pula fasal yang dia utarakan. Walaupun pelat, dia tetap yakin dengan hujah-hujahnya yang aku anggukkan saja.

Pintu rumah terbuka. Alhamdulillah, suamiku sudah pulang dari pejabat. Aku terlihat kilauan pada cufflink Megat dari Wirdora yang dipakainya. Memang suamiku menghargai butang baju Melayu dari Wirdora yang aku belikan untuknya. Malah, dia kreatif mempelbagaikan kegunaan butang baju melayu tersebut dijadikan sebagai cufflink. Memang tampak professional dan bergaya. Koleksi Megat dari Wirdora ini memang halus kemasannya, katanya diinspirasikan dari seni songket.

Wirdora Men Butang Baju Melayu Megat Box

Suamiku terus bergegas ke atas untuk mandi dan membersihkan diri. Memang renyah apabila perlu berhati-hati dengan kebersihan sekitar, COVID-19 memang telah mengubah banyak perkara. Suamiku berjaya menyelinap ke tangga tanpa dikesan oleh si manja kami. Jika tidak, akan terjadilah suatu drama air mata kerana tidak dapat pelukan dari ayahnya.

Walaupun PKP sudah dilonggarkan, namun norma baharu masih kekok untuk dijadikan amalan. Tambahan pula suamiku perlu ke pejabat, dan perlu pulang ke rumah yang ada tiga orang kanak-kanak. Sebagai ibu dan isteri, aku memang amat berjaga-jaga dan tidak akan mengambil risiko untuk mendedahkan anak-anak kami ke tempat awam. Macam-macam perkara aku pastikan dibuat oleh suamiku. Walaupun dia nampak jengkel, tetapi dia tetap akur dengan permintaanku.

Ada suatu malam, aku dapati suamiku tiada di katil. Rupanya dia sedang mengemop lantai rumah dengan Dettol. Semua permukaan di ruang tamu dan dapur juga dilap. Rupanya dia juga risau dengan tahap kebersihan rumah kami. Tapi apakan daya. Oleh sebab kami berdua bekerja, terpaksalah mencuri-curi masa sebegini untuk membersihkan rumah. Tambahan pula perkhidmatan pembantu rumah sambilan terpaksa dihentikan pada musim PKP.

Aku bersyukur mendapat suami yang baik dan memahami. Tambah-tambah lagi yang tidak mahu melihat aku membuat kerja berat seperti mengemop dan mencuci tandas. Aku memang bertuah. Tapi aku selalu lupa. Sering juga aku menarik muka bila ada kesalahan-kesalahan kecil yang dia lakukan. Aku tertawa kecil mengenangkan yang aku kadang-kadang aku berasa yakin yang aku wanita yang sempurna. Terutamanya ketika sedang marah dengan si dia.

Memujuk suamiku pun bukanlah perkara yang susah. Lempar satu senyuman, dia akan terus menyambut senyuman itu. Buatkan kari kepala ikan kesukaannya, dia akan melayan aku bagai permaisuri. Bermuhasabah diri sebegini memang menginsafkan. Apatah lagi apabila melihat wajah puteri kami yang sudah pun tertidur di pangkuanku. Aku usap rambutnya yang halus dan licin.

Suamiku yang sudah siap mandi muncul lalu mengangkat si puteri ke katilnya. Aku terus merebut peluang ini untuk menyiapkan kerjaku. Nasib baiklah hari ini tiada mesyuarat di Zoom. Aku terlihatkan aksesori Wirdora yang tersiap sedia berhampiran komputer riba, penyelamat yang cekap dan pantas sekiranya tiba-tiba ada rakan sekerja mahu video call. Selama dua tahun aku menggunakan aksesori hijab dari Wirdora, tidak pernah lagi aku kecewa. Mungkin benarlah tagline mereka Wirdora, your faithful companion.

Lega hatiku setelah berjaya menghantar tugasanku ke boss sebelum jam enam. Aku menyandar dan mula menatal telefon, aplikasi Instagram memang boleh meringankan stress  setelah bekerja. Ahh, posting Instagram dari Wirdora telah aku tetapkan sebagai See First terus menerpaku. Bukan apa, jenis posting mereka tidak terlalu ‘salesy’ dan aku seronok melihat batu-batu kristal bergemerlapan yang cantik dipakaikan pada hijab. Selain melapangkan dada, posting Wirdora juga banyak memberi tip untuk wanita Muslimah.

Aku terlihatkan butang baju Melayu baru, Indra, sempena sambutan Swarovski ke-125 tahun. Wirdora memang Ingredient Brand Partner Swarovski yang sah, maka aku tidak ragu-ragu dengan keaslian kristal yang mereka guna. Aku zoom pada butang baju Melayu tersebut. Memang sah, cantik dan sesuai dipadankan dengan pelbagai warna untuk lelaki. Aku terus ke laman web beli-belah Wirdora untuk membeli. Aku tidak mahu kecewa jika habis terjual. Bukannya tidak pernah terjadi.

Wirdora Men Butang Baju Melayu Indra

Selesai pembelianku, aku ke dapur untuk memulakan aktiviti memasak. Laci sudip tersangkut apabila aku cuba membuka, lantas aku membongkok untuk melihat apa masalahnya. Aku tersenyum. Ada kotak hadiah kecil dalam laci sudip! Aku membuka bungkusan dan melihat cincin tudung Miranda 2.0 dambaanku, memang si suami tahu citarasaku. Ini mesti kerana dia tahu aku mencuka dua tiga hari ini kerana kerja pejabat yang banyak. Hatiku berbunga terasa bertuah. Pada masa yang sama, aku lega sebab aku telahpun membeli butang baju Melayu untuk menghargai suamiku pula.

Begitulah kehidupan suami isteri. Walaupun ada masa bertelagah, tetapi tidak pernah lekang dari mendoakan yang terbaik untuk pasangan masing-masing. Walaupun ada perkara yang tidak rela, tapi redha untuk kebaikan keluarga. Moga Allah menjaga dan memberkati rumahtangga kita semua.