Dari kejauhan terlihat. Berbadan tegap, tampak kemas sempurna dengan butang baju Melayu dan kain samping songket. Bersongkok baldu hitam, sama hitam seperti keningnya bak pahlawan. Berkulit bersih dan sawo matang, menyerlahkan kejernihan mata si pemuda Melayu yang tampan. Sesekali dia tersenyum, memang memikat. Begitulah jejaka Nusantara yang semula jadinya tampan dan segak.

Hakikatnya, baju Melayu bukanlah pakaian ciptaan baharu zaman milenia. Baju Melayu sudah wujud semenjak abad ke-15 lagi sebagai pakaian bangsawan dan pakaian istimewa yang dipakai semasa solat Jumaat. Namun kini pada abad ke-21, rata-rata orang Melayu masih menggunakan baju Melayu untuk kegunaan rasmi dan untuk solat Jumaat. Istimewanya baju Melayu dengan rekaannya yang tak lapuk dek zaman. Jika baju Melayu relevan semenjak abad ke-15 lagi, maka yakinilah yang baju Melayu akan tetap relevan untuk lima abad akan datang.

Walaupun rekaan baju Melayu potongannya klasik, baju Melayu mudah sekali tampak terkini dengan menggunakan aksesori. Padankan sahaja sepasang baju Melayu hitam dengan butang baju Melayu dan kain samping yang berbeza-beza. Nah, bukan sahaja tampan dan segak, malah bijak mengatur gaya menyantuni tempat dan majlis. Tambah-tambah lagi apabila menggunakan butang baju Melayu Wirdora. Siapa kata jejaka Melayu tak menawan? Di mana jejaka idaman bidadari-bidadari #WirdoraLovers ni bersembunyi?

Tentulah dalam hati #WirdoraLovers masing-masing, sudahpun ada seseorang jejaka Nusantara yang kita bayangkan pada perenggan pertama tadi. Dialah yang meminang kita, dialah yang menikahi kita, dialah yang menjaga kita, dan tak disangkal lagi dialah teman hati kita. Sesekali kita ingin dia memahami minat kita dengan aksesori hijab Wirdora kita yang semakin hari semakin bertambah. Hati kita bersemi melihat koleksi Wirdora peribadi, sama berbunga melihat bungkusan dari Wirdora sampai ke rumah – apa kata kita tambat hati jejaka idaman kita yang sudah sekian lama bertakhta di hati?

Bukannya kita tak tahu, yang butang baju Melayu ni memang si jejaka-idaman-hati kita tidak teringatkan di mana diletaknya. Dan bukannya kita tak menjangka sebelum acara memohon ampun dan maaf pada pagi raya Aidilfitri, tentu ada adegan si jejaka-idaman-hati tertanya-tanyakan butang baju Melayunya. Malah, bukannya kita pelik pun yang si jejaka-idaman-hati kita sering menyerahkan perihal pilihan pakaian dan gayanya kepada kita. Jadi apa salahnya kita berikan dia suntikan gaya dengan butang baju Melayu Wirdora pula?

Butang Baju Melayu Indra

Wirdora Men Butang Baju Melayu Indra

Terlihatkan butang baju Melayu Indra, sememangnya ada terfikir untuk menggayakan ia di lengan berkancing baju kita sendiri. Saling pinjam meminjam. Ini kerana butang baju Melayu Indra menggunakan kristal Mystic Swarovski yang dicipta khas untuk sambutannya yang ke-125 tahun. Kristal Mystic berbentuk empat segi tepat dan berpermukaan pelbagai yang halus, dicipta untuk memantulkan kesan cahaya pelbagai warna. Keindahan kristal Mystic ini memukau, sama seperti namanya yang berunsurkan misteri.

Terbayang si jejaka-idaman-hati kita berbutang baju Melayu Indra. Kacak. Tampan. Misteri dia berjaya menambat hati kita terus terjawab.

Kita maklum dengan kualiti setiap aksesori Wirdora setanding dengan taraf antarabangsa. Butang baju Melayu Indra disadur Rhodium yang merupakan logam yang dinobat sebagai paling berharga di dunia. Masakan kita tidak mahu memberi yang terbaik kepada jejaka-idaman-hati yang tak putus-putus memberi suri hatinya yang terbaik?

Butang Baju Melayu Megat

Wirdora Men Butang baju Melayu Megat

Sekilas pandang butang baju Melayu Megat, memang teringatkan butang baju Melayu klasik yang dipakai orang Melayu zaman dahulu. Pada ketika itu, butang baju Melayu membawa pelbagai maksud yang tersirat. Dikatakan yang keintiman hubungan suami isteri terlihat dengan butang baju Melayu yang bertindih di bahagian cekak musang baju Melayu. Tiga butang di bahagian dada pula melihatkan adanya anak sulung, anak tengah, dan anak bongsu. Indahnya komunikasi bangsa Melayu pada zaman dahulu yang terkenal dengan sifat sopan, pemalu dan bertata susila.

Tidak kurang simbolik butang baju Melayu Megat yang rekaannya diinspirasikan songket. Permukaan tenunan yang berkilat pada butang baju Melayu Megat bersadur logam Rhodium. Ketelitian dan kehalusan songket buatan tangan terserlah dengan kilauan dari kristal chaton yang menghiasi empat dari lapan penjuru butang baju Melayu Megat ini. Tidak keterlaluan jika dikatakan yang kemewahan seni asli songket Melayu sememangnya berjaya dibawa oleh rekaan butang baju Melayu Megat dari Wirdora.

Kilauan kristal Swarovski yang digunakan untuk butang baju Melayu Megat tidak keterlaluan dan lebih menyerlahkan keindahan rekaannya. Teringatkan jejaka-idaman-hati kita yang memang menganjurkan sifat tidak keterlaluan dalam mendidik diri kita dan anak-anak melalui tauladan. Tidak pernah meninggi suara mahupun berkasar, walaupun dirinya ketua keluarga. Sememangnya butang baju Melayu Megat padan dengan jejaka-idaman-hati kita yang sangat halus cara didikannya.

Jadi yang mana satu pilihan hati si suri untuk jejaka-idaman-hati? Adakah dia si Indra yang tampan, kacak, menawan hati dan perasaan? Atau, adakah dia si Megat yang jiwanya halus, berseni, dan menawan jiwa dan raga? Si surilah yang lebih mengetahui.

Keindahan, kesenian, dan kualiti guna pakai aksesori Wirdora sememangnya mudah dihayati dan difahami jiwa seorang #WirdoraLover. Masakan jarang sekali akesori hijab jenama Wirdora kita hilang mahupun tersalah letak. Bukanlah bermaksud ini jaminan si jejaka-idaman-hati kita akan mula menyimpan butang baju Melayunya dengan baik. Tetapi lebih kepada kepercayaan dan keyakinan yang kita juga ingin dan mampu menjaga makan pakai si jejaka-idaman-hati kita setara dengan kualiti penjagaan diri kita sendiri. Begitulah sifat #WirdoraLovers yang selalu mengetahui perkara yang terbaik untuk dirinya, keluarganya dan kerjayanya.