Hadiah Birthday Untuk Ibu Tersayang – Telekung dah bagi, tudung pula dah macam-macam jenis tudung dah bagi, baju pun sama. Walaupun si ibu tak la kesah pun apa jua hadiah untuk mereka, namun setiap pemberian juga adalah rahmat bagi mereka menandakan kita sebagai seorang anak senantiasa mengingati pengorbanan seorang yang bernama ibu.

Pun begitu, sebagai seorang anak tentulah kita mahukan setiap pemberian itu juga bermakna, sesuatu yang boleh mereka guna dan pakai untuk sehari-hari. Oleh itu berikut adalah beberapa senarai cadangan hadiah birthday untuk ibu yang boleh anda dapati melalui Kedai Wirdora Online

1) Brooch

Bunga tidak bersaing sesama sendiri, ia hanya mekar menyerlahkan kecatikan dan keunikan masing-masing. Kerongsang Wirdora Swarovski ini berkilau dengan sinaran batu kristal Swarovski dengan yakin. Reka bentuk yang evergreen dan tidak lapuk sepanjang zaman sangat sesuai dijadikan hadiah birthday untuk ibu tersayang.

2) Scarf Ring

Cincin Selendang dari Wirdora seberat 8.64 gram dengan 110 kristal Chaton dari Swarovski memberikan kilauan yang tidak tertanding nilainya. Kita semua tahu cincin yang akan tergelincir kerana berat badannya, tetapi tidak cincin selendang wirdora. Ia berfungsi dengan baik kerana pengagihan berat badan dengan sempurna. Sesuai dijadikan hadiah birthday untuk ibu yang gemar berfesyen dengan selendang kesayangan mereka.

3) Scarf Bukcel

Gancu kecil yang indah untuk tudung yang disalut dengan kristal Swarovski chaton dan juga kristal Rama-Rama sebagai penambah seri selendang sepanjang zaman. Memberikan penampilan yang menakjubkan dan tidak lapuk dek zaman. Sesuai untuk hadiah birthday untuk ibu yang gemarkan kelainan.

  • Materials: (Buckle) 18K Rose Gold Plating casing+ Swarovski Crystal
  • Warranty: Luxe Series with 1 year warranty

4) Pins

Pin tudung yang dihiasi dengan batu kristal Swarovski, dan kualiti pembinaan pin yang tajam, tidak merosakkan tudung. Pin tudung ini menjadi penambah seri bagi tudung ibu-ibu diluar sana. Sangat sesuai sebagai hadiah birthday untuk ibu-ibu yang inginkan sesuatu yang simple tetapi cantik.

  • Material: (Pin) Stainless Steel + Swarovski Crystal
  • Warranty: 4 months warranty

5) Sets

Set kristal Swarovski untuk melengkapkan koleksi akesori ibu tersayang. Set ini terdiri dari pelbagai jenis seperti set lengkap pin tudung bersama kerongsang, atau set pin tudung berbagai jenis. Sangat sesuai sebagai hadiah birthday untuk ibu-ibu yang inginkan semuanya lengkap dalam satu set.

Hadiah Birthday Untuk Ibu Tersayang: Duit

Kadang-kadang si ibu mempunyai keperluan dan keinginan tersendiri di dalama hati sanubari beliau yang kita tak tahu dan tak sedar. Si ibu pula jarang – jarang sekali meluahkan perasaan mereka mungkin saja tidak mahu mensyusahkan atau membebankan anak – anak mereka atas permintaan mereka yang mungkin nampak remeh itu. Maka, duit juga boleh dijadikan sebagai hadah birthday terbaik untuk si ibu.

Mungkin nak bayar bil, mungkin nak beli barang-barang dapur, mungkin nak beri sikit kewangan pada rakan taulan dikampung, mungkin mahu sedekah di masjid, tak kisah apapun mereka nak gunakan duit tersebut, yang pastinya mereka akan menghargainya. Apa yang penting, jangan pula duit yang diberikan ini sama jumlah dengan duit yang kita bagi tiap-tiap bulan tu, Bagi lebih banyak sebagai tanda hari itu hari istimewa untuk mereka dan tanda kita kasih dan sayang.

Hadiah Birthday Untuk Ibu Tersayang: Sesuatu Yang Berfaedah

Sesetengah kaum ibu pula sudah melepasi zaman melaram mereka, Sudah puas melaram dahulu untuk suami tercinta, maka mungkin kurang keinginan kepada baju-baju yang terlalu trendy, tudung yang berkilau silau, kasut tumit tinggi dan sebagainya. Mereka inginkan sesuau yang lebih ‘funtional’ dan berfaedah ataupun paling tidaknya memudahkan urusan seharian mereka. Antara idea menarik yang boleh dijadikan hadiah untuk ibu sepert:

  • Handphone – Walaupun sudah ada telefon dirumah, namun handphone juga ada kegunaannya tersendiri. Tak perlu canggih-canggih cukup sekadar untuk melepaskan rindunya pada anak-anak kemana sahaja beliau pergi.
  • Radio / Radio Ngaji – Sambil-sambil mengemas rumah, memasak mahupun berehat boleh lah si ibu mendengar alunan alunan merdu dari corong – corong radio.
  • Microwave – Meringankan beban si ibu untuk panas-panas kan lauk. Tak perlu buka api letak periuk. Picit sahaja 1 – 2 minit untuk satu lauk. Mudah!
  • Kerusi Urut – Paling best! Setelah penat bekerja, mengemas, dan memasak boleh lah si ibu berehat menonton tv sambil berurut. Si ibu dapat rehat secukupnya!
  • Television – Kadang-kadang kita tak sedar, tv kat rumah kita yang dah berpuluh tahun tu dah rosak sana sini, atau dah terlalu lama, ataupun agak kecil, Kesian si ibu dengan matanya yang dah agak tak berapa nampak itu nak tgk tv kecil. Beli sahaja tv baru paling tidak pun 32 inci. Tv lama jangan pula dibuang. Kenangan tuu!

Hadiah Birthday Untuk Ibu Tersayang: Makan Angin Atau Makanan Kegemaran

Ini agak objektif, kerana ada kaum-kaum ibu yang tak berapa gemar keluar dan mahu duduk dirumah sahaja melayan ayam itik dikampung. Namun ada yang suka berjalan, setidaknya, bawalah satu hari si ibu berjalan makan angin keluar dari rumah atau kampung ibarat mengambul udara segar.

Ok tetapi perlu diteliti konsep makan angin untuk si ibu ya! Kita bawa si ibu makan angin itu untuk si ibu bukan sambil – sambil. Contohnya: ‘Alang – alang nak bawak anak berjalan, jom ajak ibu sekali’ Ini kurang tepat, sebabnya, keseronokan anak – anak lain peringkatnya dengan keseronokan si ibu. Anak – anak nak pergi shopping mall lah, nak pergi arcade game lah, tempat yang havoc-havoc, ye lah nama lagi budak, tentu saja si ibu tak selesa dan lebih baik duduk dirumah sahaja.

Maka, perkara terbaik adalah hadiahkan hari makan angin ibu itu hanya untuknya, raikan harinya, layani kehendaknya dan ikut kemahuannya. Antara tempat sesuai dijadikan tempat makan angin ibu adalah:

  • Tempat – tempat yang orang tak kenal dia.
  • Tempat – tempat yang tenang, santai, lapang, selesa dan kalau boleh kurang orang seperti pantai, atau taman-taman indah.
  • Tempat – tempat yang ada kemudahan yang lengkap, seperti surau, tandas dan sebagainya.
  • Tempat – tempat yang dia boleh layan perasaanya sendiri.

Menarik bukan? Pasti anda juga akan merasai ketenangan dan ‘treatment’ yang selama ini anda cari, kerana kesibukan kerja, meeting tak habis-habis, otak serabut dan sebagainya. Ketenanagn yang ibu anda rasai juga boleh meresapi dalam hati anda. Bonus, sekiranya anda berusaha lebih sikit, siapkan sekali makanan kegemaran beliau pada hari itu, tentu saja menjadikan harinya yang istimewa lebih bermakna.

Hadiah Birthday Untuk Ibu Tersayang: Berkumpul Anak Beranak

Rindu si ibu di kampung di rumah tak terluah, setelah bertahun mendidik dan membesarkan anak – anak susah payah, jerih perit. Kini anak sudah membesar dan bekerja serta mempunyai keluarga sendiri. Namun si ibu tetap memahami kerana beliau juga menjalani kehidupan yang sama dan serupa semasa zamannya. Apa kata kita lepaskan rindu mereka dengan hadiahkan hari istimewa mereka dengan berkumpul anak beranak berseronok, bersembang, duduk bersantai dan melepak di rumah ibu di hari birthdaynya.

Hidupkan suasana rumah si ibu dengan riuh rendah peel perangai anak-anak yang dia besarkan dahulu. Pelan bersama adik beradik yang lain, ajak suami ajak isteri untuk lepak – lepak dirumah ibu sempena hari lahirnya. Pasti si ibu akan menghargainya, dan mungkin dia akan membebel, bersungut, ketawa, bersembang, mungkin marah-marah, dan buat perangai itu kerana sebenarnya dia menjadi kembali dirinya si ibu yang kita kenal dari kecil mendidik dan membesarkan kita, dan sebenarnya dia tengah sangat gembira sehingga keluar kembali sifat keibuan yang kita kenal, makan jangan ambil hati pula! Biarkan dia menjadi ibu kembai pada hari jadinya!

Hadiah Birthday Untuk Ibu Tersayang: Al-Fatihah Dan Doa

Beruntung kita sebagai muslim, kerana mampu memberikan hadiah yang paling istimewa, paling bagus dan paling eksklusif, terlalu mahal hingga hadiah ini menjangkaui dan merentasi masa, merentasi zaman malah merentasi dimensi alam yang berbeza, iaitu doa. Ya hadiah yang paling istimewa, turun temurun dari baginda sendiri! Titipkan doa buat ibu mu, semoga menjadi pelindung baginya dari dunia hingga ke syurga!

Tentu saja hari-hari kita doakan untuk ibu, namun untuk harijadinya, kita lebihkan doa. Tak perlu dalam bahasa arab pun. Bahasa melayu sudah memadai, malah lebih bermakna kerana kita sendiri faham maksudnya. Titipkan doa sepanjang hari malah khaskan dan tujukan doa itu spesifik untuk ibu. Jangan risau, walaupun tak nampak sekarang tapi anda pasti terkejut nanti bila hasilnya dikumpul disana, yakin lah. Malah mungkin berkat doa anda, terhapus dosa si ibu dan akhirnya masuk kesyurga bersama anda, dan ini lah Hadiah Mega Super Ultimate Teristimewa yang anda boleh berikan untuk ibu anda! Tahniah!!