Tipulah kalau ada yang mengatakan yang face mask dari Innersejuk yang dihiasi batu kristal Swarovski oleh Wirdora ini tidak menggoda iman. Lihat sahaja kepantasan tangan menyambar stok dari Wirdora HQ. Dengan kualiti kain yang disahkan antibakteria dan boleh digunakan dengan selamat untuk sehingga empat jam, tetap tidak lupa untuk disulami dengan stail dan fesyen khusus untuk wanita. Pelanggan gembira, Wirdora juga gembira. Wirdora gembira dapat bekerjasama dengan Innersejuk, dalam kolaborasi yang berjaya menambat hati para pelanggan Wirdora melalui keluaran face mask untuk membantu mengurangkan penularan COVID-19.

Dalam trend terkini face mask, pelbagai warna kain dan warna kristal Swarovski digunakan untuk dipadankan dengan citarasa pelanggan. Yang sukakan drama dan kilauan, tentunya memilih face mask Type 3. Bagi yang sukakan sedikit kilauan, Type 1 sangat sesuai untuk pelbagai keadaan. Manakala yang menyukai fesyen yang ‘understated’ tentunya batu Swarovski tabur kilauan metalik Type 2menjadi pilihan. Tidak ketinggalan untuk yang mahukan face mask istimewa, tentu sahaja Type X menjadi pilihan hati.

Walaupun face mask kain polos mudah dipadankan untuk penataan gaya, namun koleksi tudung polos tampak lebih menarik sekiranya dipadankan dengan face mask printed yang dihiasi batu kristal Swarovski dari Wirdora. Face mask printed yang dinamakan Grunge Pastel ini dihiasi dengan batu kristal Swarovski bewarna Iris, Rose Aurora Borealis, dan warna Crystal. Gabungan warna-warna ini berentap dengan corak ala-ala penyamaran (camouflage) dalam warna merah senduduk (mauve) dan kelabu lembut.

Warna sebegini yang redup dan lembut memang sesuai dipadankan dengan pelbagai warna. Memang menang bergaya jika dipadankan dengan baju dan tudung yang polos. Biar gaya yang berbicara, kata orang. Terbaik untuk si pemakai, sebegitulah prinsip Wirdora. Tambahan pula gabungan warna Grunge Pastel memang sesuai untuk semua jenis warna kulit. Tak kiralah sawo matang mahupun kuning langsat, kilauan dari batu Swarovski pada face mask ini akan menaikkan seri mata si pemakai.

Wirdora Face Mask Hawa and Wir

Sebenarnya kebijaksanaan R&D Wirdora terserlah dengan penggunaan batu kristal Swarovski bewarna Crystal. Warna ini secara sendirinya seakan putih dan memberi pantulan yang lutsinar. Kekuatan warna Crystal ini adalah dalam menaikkan warna-warna elemen di sekelilingnya. Tanpa batu kristal Swarovski bewarna Crystal pada face mask, warna-warna lain akan tampak tenggelam. Wirdora tidaklah secara hentam kromo memilih warna dan saiz kristal Swarovski untuk penataan gaya anda. Wirdora, your faithful companion, seperti tagline-nya.

Kita beralih pula kepada face mask printed Marble Peach. Kemasan batu kristal Swarovski yang sama digunakan seperti pada face mask printed Grunge Pastel kecuali warna kristal Swarovski Iris digantikan dengan kristal bewarna merah jambu. Walaupun menggunakan kemasan yang serupa, sifat corak Marble Peach yang berasaskan warna jingga yang lembut dan digabungkan dengan dua jenis warna kelabu yang tidak ketara bezanya – menghasilkan face mask printed yang paling cocok dengan warna mata asli Melayu iaitu coklat gelap.

Diva atau ayu, itu terserah kepada empunya badan untuk menggayakan face mask printed Marble Peach dengan kristal Swarovski dari Wirdora. Pandanan face mask ini dengan tudung bewarna merah jambu terang tentu tampak bergaya diva memukau. Tetapi bila dipadankan dengan tudung bewarna merah jambu lembut, lihatlah keayuan yang sedap mata memandang. Begitu jugalah jika face mask printed ini digayakan dengan tudung polos bewarna kelabu legap atau kelabu lembut.

Sebagai wanita, kita seboleh-bolehnya mahukan produk yang pelbagai guna untuk mendapatkan nilai tambah pada wang. Sebab itulah kita memilih face mask yang boleh dicuci supaya dapat menjimatkan kos jangka masa panjang penggunaan face mask. Tambahan pula face mask memang digariskan sebagai salah satu panduan norma baharu. Memakai face mask yang bergaya bukan untuk seronok semata-mata, malah ia dapat menyelamatkan nyawa!

Dan yang terakhir untuk diceritakan dalam blog ini ialah face mask printed Floral dari Innersejuk x Wirdora. Corak face mask printed ini sangat feminin dan dapat dipadankan dengan pelbagai warna. Bercorakkan bunga-bungaan dan berlatarkan kain bewarna merah jambu lembut, terlalu mudah untuk jatuh hati dengan face mask printed ini. Tambahan lagi kemasan kristal Swarovski pada face mask printed ini seolah-olah menjemput para wanita untuk memberi ganjaran kepada diri sendiri.

Face mask printed Floral ini dengan mudah dapat dipadankan dengan tudung bewarna biru muda mahupun biru gelap, tudung hijau ataupun tudung bewarna merah bata, tetapi yang paling istimewa sekiranya dipadankan dengan tudung ungu. Walaupun sekilas pandang sudah kita tahu yang kita akan membelinya, tidak salah untuk membelek dahulu sepuas-puasnya. Amati ketelitian susunan batu kristal Swarovski yang menghiasi face mask printed ini dengan corak yang teratur dan kemas. Getil perlahan-lahan dengan jari kain face mask ini dan rasakan kualiti kainnya. Kadang kala, tiada perkataan dapat menggambarkan sesuatu yang kita sudah tahu. Apatah lagi apabila perkara itu berkait dengan kualiti produk dari Wirdora.

Jika anda masih tercari-cari face mask yang selamat dipakai yang tidak mengorbankan gaya dan personaliti anda, jawapannya ada dengan Wirdora x Innersejuk. Dapatkan face mask anda di sini sebelum stok kehabisan lagi. Sekiranya anda berminat untuk menempah face mask printed yang istimewa didatangkan dengan nama timangan anda, Wirdora bersiap sedia untuk berkhidmat khas untuk anda di sini. Menang membeli, menang memakai bersama Wirdora!