Wanita mana yang tidak mahu berpenampilan menarik, elegan tetapi ringkas? Hatta sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk menjaga ketrampilan elegan dan ringkas dengan kerongsang dan pin hijab yang pelbagai. Hakikatnya, wanita hanya memerlukan beberapa barang hiasan atau aksesori penyeri yang efektif, elegan dan ringkas yang sesuai dengan gaya mereka untuk kerongsang dan pin hijab. Seperti kerongsang dan pin Rivoli dari Wirdora yang menyerlahkan keanggunan elegan gaya si pemakai. Kerongsang dan pin Rivoli ternyata untuk wanita berkerjaya yang mahu tampil elegan dan ringkas.

Perhiasan hijab dari Wirdora menggunakan batu kristal asli dari Swarovski. Malah, Wirdora merupakan rakan dagangan yang ditauliahkan dengan sijil keaslian dari Swarovski. Pensijilan ini menunjukkan kualiti barangan Wirdora menepati kehendak dan piawaian Eropah dan antarabangsa. Setiap barangan Wirdora disertakan dengan tag pengesahan keaslian kristal Swarovski yang digunakan.

Wirdora Rivoli Hijab Pin Blue Zircon

Ini termasuklah dengan kristal Rivoli dari Swarovski yang digunakan dalam rangkaian perhiasan hijab Wirdora yang dinamakan Rivoli. Rangkaian Rivoli dari Wirdora terdiri dari kerongsang Rivoli dan pin hijab Rivoli. Kedua-dua perhiasan hijab ini menggunakan kristal Rivoli yang dikelilingi dengan 19 biji kristal Swarovski yang kecil. Saduran Rhodium digunakan sebagai kemasan, juga bertindak melindungi kulit si pemakai dari sebarang alergi dan melindungi pin dan kerongsang itu sendiri dari karat.

Menariknya kristal Rivoli dari Swarovski ini adalah ketepatan potongan kristalnya yang mampu memantul dan mencapahkan cahaya. Permukaan kristal Rivoli dipotong secara rhombus yang banyak dan bersaiz halus, yang bertemu di titik tengah bulatannya. Potongan rhombus tepat yang memenuhi bulatan Rivoli secara seragam, bertambah dengan titik tengah kristal Rivoli yang timbul – menyerlahkan warna kristal Swarovski anda dengan warna yang statik dan dinamik di bawah pantulan cahaya.

Wirdora Rivoli Scarlet Crystal

 

Ditambah pula dengan potongan segi tiga yang memenuhi perimeter bulatan Rivoli. Tidak sah sekiranya anda tidak terpesona apabila meneliti keindahan pantulan cahaya yang bagai meletuskan warna secara pegun. Manakan tidak, sudahlah kristal asli Swarovski yang digunakan digandingkan pula dengan bahan logam berkualiti secara kraftangan dengan teliti. Hanya yang terbaik dari Wirdora untuk para pelanggannya!

Kristal Rivoli pada kerongsang dan pin hijab Rivoli ditambah pula dengan kristal yang ditatah sekelilingnya, bagai bulan dipagari bintang. Kilauan dari kerongsang dan pin hijab Rivoli memancarkan cahaya dalam olahan berbentuk geometri secara lembut, tampak moden dan tersendiri. Rekabentuk kerongsang dan pin hijab Rivoli yang ringkas tentunya menjadi pilihan mereka yang mementingkan gaya elegan, professional dan sedap mata memandang.

Wirdora Rivoli Brooch Range

Wirdora menyediakan kerongsang dan pin hijab Rivoli dalam pelbagai warna untuk dipadankan dengan pelbagai gaya, acara atau mood anda.

  1. Light Rose
  2. Aurora Boreale
  3. Black Diamond
  4. Blue Zircon
  5. Amethyst
  6. Paradise Shine
  7. Crystal
  8. Light Amethyst
  9. Emerald
  10. Scarlet
  11. Montana

Kerongsang dan pin hijab Rivoli memenuhi citarasa wanita yang memerlukan penggayaan hijab yang menarik dan kekal terletak. Penggemar perhiasan hijab Wirdora sememangnya menaruh kepercayaan penuh terhadap kerongsang dan pin hijab Wirdora. Perhiasan hijab Wirdora bukan sahaja cantik dan berfungsi dengan baik, produk Wirdora juga berkualiti dan dilindungi dengan waranti.

Malah, jarum pin mana-mana produk Wirdora mencapai piawai ‘setajam jarum jahit’ untuk mengelakkan pin hijab anda dari merosakkan kain tudung. Jarum pin yang cukup tajam dari Wirdora tidak akan meninggalkan kesan lubang mahupun mencarik benang pada kain hijab premium anda. Serahkan kepada Wirdora untuk menjaga kain hijab anda walaupun digayakan dengan pelbagai cara.

Wirdora Rivoli Hijab Pin Light Rose

Tambahan pula, kerongsang dan pin hijab Rivoli disadur dengan Rhodium yang merupakan logam yang paling berharga di dunia. Perhiasan hijab Wirdora dari rangkaian Rivoli ini akan kekal bersinar dan tampak baru. Walaupun setiap produk Wirdora didatangkan dengan kotak khas yang berlapik dengan span sebagai bekas utk menyimpan perhiasan hijab Wirdora anda, Wirdora tetap menyediakan  waranti selama setahun untuk melindungi pembelian Wirdora anda. Anda boleh menghantar semula perhiasan hijab Wirdora anda untuk diperbaiki sekiranya ada apa-apa masalah.

Dapatkan kerongsang dan pin hijab Rivoli anda dari laman web Wirdora, mahupun dari stokis atau ejen-ejen Wirdora yang terdekat dengan anda. Kumpulkan kerongsang dan pin hijab Rivoli ini dalam pelbagai warna agar dapat dipadankan dengan pelbagai busana dan gaya. Rekabentuk klasik kerongsang dan pin hijab bertatahkan kristal Rivoli ini bagai tak makan dek masa, dan tak lekang dek hujan. Ditambah pula dengan setiap kristal Swarovski asli yang ‘ditanam’ pada selongsongnya dan bukan ‘dilekat’ semata-mata.

Wirdora Rivoli Brooch Blue Paradise

Tidak hairanlah mengapa kerongsang dan pin hijab Rivoli dari Wirdora mempunyai peminat yang tersendiri yang tertunggu-tunggu stok warna terbaharu dari Wirdora. Kepuasan memiliki dan menggayakan kerongsang dan pin hijab Rivoli terlihat dengan pembelian yang berulang dari #WirdoraLovers.

Rata-rata berpuas hati dengan kualiti kerongsang dan pin hijab Rivoli, selain penggunaannya yang pelbagai. Ada yang menggunakan kerongsang Rivoli di bawah dagu untuk ketrampilan yang ringkas tetapi elegan, dengan pin hijab Rivoli tersemat di sisi pelipis. Ada pula yang menggunakan kerongsang Rivoli untuk menyemat hijab dengan kemas di bahu. Tidak kurang pula yang menggunakan pin hijab Rivoli untuk mengemaskan selempang tudung yang dilabuhkan.Pelbagai gaya, walau pelbagai citarasa – semuanya boleh dipadankan dengan kerongsang dan pin hijab Rivoli dari Wirdora.

Wirdora Rivoli Brooch Black Diamond

Anda pula bagaimana? Sudah dapatkan koleksi Rivoli dari Wirdora atau anda masih tertunggu rangkaian Rivoli didatangkan dalam warna kegemaran anda? Nyatakan pada kami dalam ruang Comment di bawah. Kami di Wirdora amat mengalu-alukan respon dari anda supaya kami dapat menghasilkan produk dan perkhidmatan yang lebih baik untuk semua.

Kami di Wirdora bukan sahaja teman anda dalam penggayaan hijab, kami juga penyokong setia membantu anda memberikan yang terbaik! Sekiranya anda masih mengetahui lebih lanjut tentang kerongsang dan pin hijab Rivoli dari Wirdora, anda boleh baca di sini.