Kisah di bawah merupakan sebuah kisah benar tentang sepasang ibu dan anak yang mendapat perkhidmatan mantap dari #WirdoraWarriors. Pertolongan wirawati #WirdoraWarrior membolehkan si anak mendapatkan hadiah Hari Ibu untuk ibunya. Perkhidmatan mantap sebegini harus dijadikan tauladan yang baik.

Sambutan Hari Ibu pada tahun ini memang berbeza dari tahun-tahun sebelumnya. Al-maklumlah, COVID-19 menerpa lalu Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan. Hari Ibu selalunya disambut bersama-sama ahli keluarga dengan jamuan makan secara kecil-kecilan. Namun, pada tahun ini tiadalah sambutan sebegitu.

Aku memilih untuk berkurung di rumah sendiri dan enggan berjumpa dengan ibubapaku yang berumur untuk mengelak risiko jangkitan asimptomatik. Tetapi tidaklah sehingga tiada bertanya khabar langsung melalui aplikasi Whatsapp mahupun panggilan telefon. Oleh sebab Hari Ibu ini tidak dapat membuat apa-apa sambutan, aku bertanya dengan ibuku, “Mak nak apa-apa hadiah tak untuk Hari Ibu?”

Ibuku yang lazimnya tidak mahu menyusahkan mana-mana anak, mengatakan yang tiada apa yang dia perlukan sebagai hadiah. Aku faham. Dia lebih mendambakan kami, anak-anaknya menziarah ke rumahnya. Tapi, begitulah. Masing-masing menahan diri dari meningkatkan risiko jangkitan COVID-19, terutama sekali kepada warga yang berumur dan kanak-kanak. Tetapi pada hematku, aku masih boleh meneruskan hasrat untuk menghargai ibuku. Dialah satu-satunya.

Lantas aku cuba memujuk, “Tapi saya ada baucer RM100 dari Wirdora ni, Mak. Menang cabutan hadiah anjuran mereka tempoh hari.” Ibuku tidak terus membalas, seraya berfikir.

“Nanti Mak tengok Instagram Wirdora dan beritahu kamu mana yang Mak berkenan,” jawab ibu. Aku lega. Sekurang-kurangnya ada juga sesuatu yang dapat aku beri kepada ibu pada tahun ini untuk menghargai jasa baik ibu kepadaku. Setiap peluang untuk menghargai ibuku memang jarang aku lepaskan. Tambah-tambah lagi sesudah aku menjangkau umur dewasa.

Wirdora Set Libelle Brooch Miranda PapillonAku meneruskan hari seperti biasa, melakukan kerja di komputer riba sambil menunggu mesyuarat di Zoom yang dijadualkan pada sebelah petang. Tapi sempat aku berpesan dengan ibu untuk memberitahu aku secepat mungkin, Wirdora menutup order pada 18 Mei 2020 untuk memastikan semua pelanggan dapat menikmati barangan Wirdora mereka sebelum hari Raya.

Mungkin itu yang membuat aku terlebih hiba pada Hari Ibu tahun ini. Entah bagaimanalah rasanya berhari raya di rumah sendiri. Sedangkan keluarga ada sahaja tidak jauh dari kejiranan aku. Aku akur, pengorbanan ini perlu dibuat untuk mengelakkan angka korban COVID-19 semakin tinggi.

Telefonku berbunyi. “Mak nak kerongsang yang bentuk patung-patung, warna hijau,” kata mesej yang kuterima melalui Whatsapp.

“Rasanya macam Mak dah ada yang tu. Boleh Mak ambil gambar barang-barang Wirdora Mak?” balasku yang sangsi dengan pilihan ibuku. Setahu aku, ibuku sudah mempunyai kerongsang Libelle bewarna Emerald.

Kulihat gambar yang ibuku titip melalui Whatsapp. Sah. Memang ada kerongsang Libelle bewarna Emerald dalam koleksi ibu. Tergamam juga aku melihat gambar koleksi Wirdora ibuku yang pelbagai. Kerongsang, cincin tudung, pin tudung, semuanya ada. Bukan apa, ibuku memang terpaut sungguh dengan kualiti dan kekemasan aksesori hijab Wirdora. Ditambah lagi dengan batu kristal Swarovski asli yang bertatah bagai permata.

Wirdora Yara Brooch

Aku juga begitu. Berkenan dengan kecantikan produk Wirdora. Tidak pernah lagi aku tidak tertarik dengan kilauan Wirdora yang memikat. “Mak nak cincin yang ada dua batu tu. Nak warna hijau,” sambung ibuku melalui mesejnya di telefonku.

Aku sedikit kaget kerana aku mengetahui Wirdora tidak lagi mengeluarkan cincin tudung bernama Warda dalam warna Peridot yang ibuku maksudkan. Di laman web mereka juga sudah tiada stok. “Saya cuba usahakan.” Aku membalas kepada ibuku.

Ada 20 minit lagi sebelum mesyuarat Zoom dan aku sudah siap ‘touch-up’ slaid pembentanganku dari malam semalam. Jari jemariku dengan pantas menaip #wardascarfring di ruangan Cari di Instagram. Alhamdulillah, ada hasil dari carian hashtag itu. Lantas aku menghubungi #WirdoraWarriors empunya gambar Warda Scarf Ring yang dipaparkan.

Tidak sampai dua minit, aku menerima balasan. #WirdoraWarriors mengatakan yang dia sudah tiada stok tapi dia akan bertanyakan kepada stokis lain untukku. Oh, bahagianya rasa diriku ada yang sudi membantu aku mendapatkan barang Wirdora yang ibuku mahukan. Aku mendapat mesej lagi darinya mengatakan yang dia sudah tahu ada stokis yang masih ada Warda Scarf Ring bewarna Peridot dan bertanya sama ada aku ingin menambah apa-apa lagi.

#WirdoraWarriors

Aku teringatkan kerongsang Dahlia. Cantik, ringkas dan elegen. Namun sudah kehabisan stok juga di laman web Wirdora. Tidak pernah aku berniat membeli, tetapi aku mahu meningkatkan pembelian atas dasar usaha #WirdoraWarriors yang ikhlas membantu aku tanpa disuruh. Aku yakin ada balasan rezeki yang murah di sebalik sifat proaktif yang dia tunjukkan. Lalu aku bertanyakan hal kerongsang Dahlia bewarna Emerald. Boleh aku hadiahkan ibuku satu set yang bewarna hijau.

“Ada,” balas dia. Alhamdulillah, rezeki dia dan juga rezeki ibuku. Aku terus membuat pembayaran dan mulakan mesyuarat Zoom seperti yang dijadualkan.

Setelah tamat mesyuarat, aku memberitahu ibu yang aku sudah dapatkan barangan Wirdora yang dia suka. Terpancar kegembiraan ibuku menerima penghargaan dari anaknya. Aku sangat bersyukur dan berterima kasih atas usaha-usaha di sebalik tabir oleh #WirdoraWarriors yang bersungguh-sungguh membantu aku.

Wirdora Dahlia Emerald Warda Peridot

Begitulah perkhidmatan tip-top dari Wirdora, bukan sahaja di HQ malah para #WirdoraWarriors mempunyai nilai-nilai yang tinggi dalam melayan pelanggan. Terima kasih Wirdora, #WirdoraWarriors kerana membantu menggembirakan hati ibuku pada Hari Ibu dalam musim PKP.

Cerita di atas diinspirasikan oleh kisah benar yang berlaku semasa musim PKP ini dan digubah untuk mengekalkan privasi pelanggan Wirdora tersebut. Adakah anda juga pernah mengalami situasi sebegini apabila mencari barangan Wirdora? Kongsikan dengan kami supaya kami dapat belajar untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada #WirdoraLovers. Wirdora, your faithful companion.