Hadiah Birthday Untuk Lelaki – Asyik-asyik tali pinggang, dompet, kasut dan jam tangan, bisik si lelaki. Apa kata tahun ini kita bagi kelainan sikit sebagai hadiah birthday untuk lelaki. Kali ini kita buatkan si lelaki terfikir-fikir apakah hadiah birthday yang diorang akan dapat. Tali pinggang bukan, dompet pun bukan, kasut bukan, jam tangan pun bukan. Terpinga-pinga si lelaki berfikir apakah hadiah yang mereka akan dapat nanti.

Walaupun kecil dan comel namun ia mampu menaikan seri dan gah kepada si pemakai yang bergelar lelaki. Ia melengkapkan busana lelaki dengan sinar kilauan batu swarovski yang di sisipkan bersama si pemakai. Butang baju melayu swarovski yang sangat menawan ini menjadikan si lelaki segak bergaya kemana sahaja acara dan majlis mahupun perayaannya, secara lansung menjadi penyeri kepada siapa sahaja pasangan yang dibawanya.

Butang baju melayu swarovski adalah pilihan terbaik sebagai hadiah birthday untuk lelaki kali ini. Ia datang dengan pelbagai warna maka ia boleh di pilih mengikut warna kegemaran si pemakai. Butang baju melayu swarovski Wirdora bukan sebarang butang, ia sangat berkualiti dalam pembinaannya dan reka bentuk yang berprestij. Sangat sesuai untuk dijadikan hadiah birthday untuk lelaki.

“Asyik-asyik tali pinggang, dompet, kasut dan jam tangan” – Bisik si lelaki.

Hadiah birthday untuk lelaki kali ini apabila dipadankan bersama busana baju melayu, menaikan seri dan aura si lelaki ibarat pahlawan yang gah, hulubalang yang berkaliber mahupun seperti raja yang disegani, sangat sesuai dan sempurna, butang baju melayu swarovski Wirdora sangat menawan sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah birthday untuk lelaki. Pelbagai jenis butang baju melayu swarovksi yang disediakan oleh Wirdora antaranya:

  • Wira
  • Wira Plus
  • Wira Kids
  • Arjuna
  • Teruna
  • Aduka
  • Andika

Dengan harga yang berpatutan, gaya yang sangat prestij, reka bentuk butang yang pelbagai, warna-warna yang menyinar ditambah pula dengan seri kilauan batu swarovski itu sendiri, anda tidak perlu pening-pening lagi fikir tentang hadiah birthday untuk lelaki kali ini. Terus pergi ke Wirdora online shop untuk membeli butang baju melayu swarovski ini. Semoga si lelaki yang bertuah mendapat hadiah akan gembira dan belikan anda hadiah dari aksesori batu swarovski juga.

Antara Faktor Penentuan Hadiah Bithday Untuk Lelaki

Selain dari butang baju melayu seperti artikel diatas ada lagi beberapa benda yang boleh dijadikan hadiah birthday untuk lelaki yang tak cliche. Salah satu konsep pemberian hadiah adalah, bukan beli yang kita suka bagi pada dia, tapi sesuatu yang dia suka. Apa yang membuatkan sesebuah hadiah itu bermakna mempunyai bebearpa faktor seperti:

  • Menepati minat – Sesuatu yang menjadi minat, hobi atau ‘interest’ kepada si lelaki tersebut.
  • Berguna – Sesuatu yang menjadi kegunaan atau benda yang berguna, seperti butang baju melayu diatas.
  • Kehendak – Sesuatu yang menjadi kehendak atau keinginan lelaki tersebut.
  • Simple – Sesuatu yang ‘overly complicated’ akan menyebabkan lelaki kurang ambil perhatian.

Baiklah selain dari beberapa faktor diatas, berikut adalah antara barang-barang yang sesuai dijadikan hadiah birthday untuk lelaki, dan yang penting tidak cliche.

Hadiah Birthday Untuk Lelaki: Gadjet

Terpulang kepada minat si lelaki, gajet boleh terdiri dari beberapa perkara contohnya, jika si lelaki itu minat terhadap musik, audio dan lagu, maka pilihan gadjet terbaik adalah headphones atas headset. Nampak macam rumit dan memeningkan kepala anda nak memilih jenis headset yang sesuai, dengan audio, bass trebel, high low dan sebagainya namun sekiranya anda membuat sikit research dan membelinya sebagai hadiah, sudah tentu si lelaki akan lebih menghargai anda lebih dari headphone tersebut.

Contoh kedua, sekiranya si lelaki tersebut minat bermain badminton, maka hadiah terbaik adalah racket baru, atau shuttle cock baru, tak kisah walaupun tali raket yang baru. Secara tak lansung ia menunjukkan yang anda adalah seorang yang supportive terhadap minat si lelaki tersebut.

Hadiah Birthday Untuk Lelaki: Aksesori

Sesuatu yang berguna contohnya seperti helmet baru, sekiranya si lelaki itu seorang penunggang motor. Ataupun beg travel sekiranya si lelaki minat untuk mengembara seperti beg deuter. Sesuatu yang berguna dan tidak cliche lebih lebih lagi sekiranya ia menjadi keperluan dan minat kepada lelaki tersebut. Selain itu, sekiranya si lelaki minat mengumpul atau mempunyai hobi mengumpul, maka hadiah terbaik juga boleh dalam bentuk sesuatu yang menjadi minat dia. Conothnya, sekiranya silelaki sangat berminat dengan koleksi Ultraman, anda boleh sahaja beli satu hadiah Ultraman untuk dia dan lihat sahaja reaksinya apabila membuka hadiah tersebut!

Hadiah Birthday Untuk Lelaki: Aktiviti Lasak / Luar

Hadiahkan satu percutian, atau sesuatu aktiviti untuknya seperti berkayak, mendaki, bercamping, flying fox dan sebagainya. Secara tak lansung menjadi satu kelainan bagi hadiah harijadi tersebut disamping dapat menjalankan aktiviti yang menyegarkan. Ataupun boleh sahaja juga hadiahkan seperti tiket wayang untuk tengok wayang bersama, ataupun makan di restoran kegemarannya dengan percuma! Lelaki yang kenyang adalah lelaki yang gembira.