Kisah fiksyen Hari Ayah dari Wirdora ini diinspirasikan oleh perkara-perkara biasa dalam kehidupan kita sehari-hari. Kisah ini ialah rekaan semata-mata dan tiada perkaitan dengan mana-mana orang perseorangan ataupun keluarga yang masih hidup atau sudah kembali ke rahmatullah.

Alhamdulillah. Aku panjatkan syukur kepada Ilahi setelah pengumuman kebenaran merentas negeri diumumkan oleh Yang Berhormat Perdana Menteri. Hari Raya Aidilfitri tahun ini menyaksikan aku anak beranak buat kali pertamanya berhari raya di Bumi Kenyalang. Keseronokan hari raya tetap terasa dengan kehadiran cahaya mata, tetapi terasa seakan tak puas. Selagi tak dapat mencium tangan kedua ibubapa, selagi itulah terasa jurang rindu yang sukar digambarkan.

Aku terus membuka aplikasi syarikat penerbangan untuk menempah tiket. Tergamam aku dengan harga tiket yang melambung bagai penerbangan antarabangsa. Tambahan pula Hari Ayah. Aku tarik nafas dalam-dalam. Aku fokus kepada kesyukuran yang aktiviti merentas negeri sudah dibolehkan. Tapi, tak boleh jadi. Terlalu mahal. Aku mencongak-congak harga tiket bersama suami dan dua orang anak.

Aku menyandar dan berfikir sejenak. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, wang simpanan perlu ada. Aku berdolak dalik dengan diri sendiri. Pentingkah raya? Pentingkah wang? Pentingkah merentas negeri? Aku tutup aplikasi sebelum aku terlalu banyak berfikir tentang perkara yang bukan bawah kawalanku. Harga tiket penerbangan bukan bawah kawalan diriku. Perasaan kuat ingin berjumpa ibubapa juga bukan bawah kawalan diriku. Nasib pekerjaanku sejak pandemik koronavirus menerjah juga bukan bawah kawalan diriku. Yang pasti, keputusan yang akan bakal ambil adalah bawah kawalan diriku.

Memang banyak kesulitan sejak COVID-19 terjangkit ke seluruh dunia. Bermula dari awal tahun 2020, virus ini tidak mendiskriminasi mangsanya. Sesiapa sahaja yang terlepa mahupun kurang daya tahan untuk melawan virus ini, alamatnya ajal. Walaupun mati itu pasti, tetapi perjuangan untuk hidup mesti ada. Aku sememangnya memastikan suami dan anak-anakku terjaga dari sebarang risiko jangkitan. Kami suami isteri hanya keluar sekiranya perlu sahaja. Alhamdulillah kami belum pernah lagi mengalami simptom. Jadi, kami menggunakan pelitup muka keluaran Wirdora yang aku beli. Aku juga telah menempah pelitup muka dengan nama yang ditatah Swarovski. Risau juga jika tempahan ditutup sebelum aku mengambil langkah.

Wirdora Personalized Face Mask - One Letter

Bukan apa, sebaiknya pelitup muka boleh buang dikhaskanlah untuk penggunaan barisan hadapan. Risau juga sekiranya kekurangan pelitup muka untuk mereka. Permintaan terhadap pelitup muka memang tinggi kerana norma baharu menyarankan kita berpelitup muka sekiranya keluar. Pelitup muka yang ‘hijab-friendly’ dari Wirdora boleh dibasuh berulang kali, selain selesa dan menarik. Berpelitup muka sahaja tidak cukup untuk memutuskan rantaian COVID-19, tangan perlulah dipastikan bersih dan penjarakan sosial mesti diamalkan. Kepentingan penjarakan sosial lah yang menyebabkan aktiviti rentas negeri tidak dibenarkan semasa Hari Raya Aidifitri 2020.

“Tak boleh jadi,” ujar hati kecilku.

Aku buka semula aplikasi syarikat penerbangan dan terus menempah tiket penerbangan untuk diriku seorang. Sudah lebih tiga bulan aku tidak berjumpa orang tuaku. Masakan harga tiket penerbangan boleh menghalang rindu seorang anak. Aku nyatakan perancanganku kepada suami dan dia bersetuju untuk menjaga anak-anak pada hujung minggu itu. Bolehlah aku menyambut Hari Bapa dengan Ayah dan Mak. Aku terasa seronok dan tidak sabar pula mahu bersua muka dengan ibubapaku. Walaupun pulang tanpa cucu-cucu mereka, tentu mereka faham keselamatan anak-anak kecil lebih rapuh berbanding orang dewasa seperti.

Tiba hari penerbangan, bersama beg yang berisi buah tangan untuk ibubapaku serta adik beradik yang rata-rata mahukan kek lapis Sarawak. Tidak dilupakan kerongsang Yara dari Wirdora untuk ibuku dan butang baju Melayu Indra untuk Ayah. Ibuku memang peminat Wirdora dan maklum dengan kualiti dan kecantikan aksesori hijab dari mereka. Ayahku pula bukanlah jenis lelaki yang terlalu mementingkan gaya, tapi dia agak cerewet berkenaan kualiti. Aku yakin dia akan berpuas hati dengan hasil rekaan butang baju Melayu dari Wirdora. Tambahan pula butang baju Melayu Wirdora merupakan keluaran usahawan tempatan yang berjaya tembus ke pasaran dunia.

Aku melambai anak-anakku dan suami yang menghantar aku ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, memang lagu arwah Sudirman terngiang-ngiang dalam fikiran sepanjang perjalanan. Sudah lama aku tidak keluar ke tempat awam dan aku dapati memang sunyi, terasa seperti seram sejuk pun ada. Aku mengambil kesempatan untuk tidur dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, mungkin sebenarnya aku juga perlukan masa berjauhan dari anak-anak yang seboleh-bolehnya mahu melekat dengan Mak mereka sepanjang masa. Bukanlah aku tidak sayang, tetapi aku memang tiada masa sendiri sejak PKP dikuatkuasakan pada bulan Mac yang lalu.

Mataku kelat semasa berjalan menuju ke pintu keluar. Kertas pengesahan ‘swab test’ sudah aku letakkan pada bahagian yang mudah diambil dalam tas tangan. Tiba di kaunter pemeriksaan, suhu badanku merekod darjah 37.5 darjah Celcius. Aku terkejut. Sekali lagi suhu badanku diperiksa, masih 37.5 darjah Celcius. Aku diminta untuk duduk sebentar dan berehat sebelum suhu aku diperiksa sekali lagi. Aku kaget. Memang tiada rasa badan panas seakan-akan mahu demam, malah ‘swab test’ aku negatif.

Suhu aku diperiksa sekali lagi. Aku dibawa ke sebuah bilik untuk memulakan proses kuarantin. Ikutkan hati memang aku mahu merayu kepada para pegawai untuk membenarkan aku melangkau proses kuarantin. Aku mahu menyambut Hari Bapa dengan Ayah dan Mak. Aku sudah lebih tiga bulan tidak berjumpa mereka. Aku tidak dapat bersalaman dengan ibubapa pada pagi raya. Tiada siapakah yang simpati dengan diriku?

Aku cuba menenangkan diri sehingga tiba ke bilik khas untuk kuarantin. Sebaik sahaja mendengar suara suamiku, aku tidak berdaya menahan rasa hiba lagi. Bagai empangan yang kali pertama dihidupkan. Begitulah. Kemudian aku menelefon ibubapaku untuk mengkhabarkan nasibku. Aku katakan pada mereka yang aku perlu dikuarantin untuk memastikan aku tidak berpenyakit kerana suhu badanku tinggi sedikit dari sepatutnya. Malam itu aku bertemankan air mata dan sejadah. Malam itu juga, aku menulis sebuah sajak untuk mengiringi hadiah butang baju Melayu untuk Ayah.

Wirdora Father's Day 2020 Butang Baju Melayu

Kala kita gembira bersuka ria
Ayah doakan gembira itu sentiasa
Di kala susah diuji dunia
Ayah tadahkan tangan kepada Pencipta

Kala kita sibuk urusan kerja
Ayah syukuri rezeki Yang Esa
Di kala khilaf akan khabar berita
Ayah pujuk hati doakan kita

Kala kita ratapi nasib diri
Ayah senyum tersulam motivasi
Di kala kita kalah berulang kali
Ayah tolong kita bangun kembali

Tanpamu Ayah siapalah kita
Tanpa disiplin, tanpa harta
Tanpamu Ayah, si penabur jasa
Tanpa mengira usia anak mahupun dirinya

Tanpamu Ayah, bagaimanalah dunia
Tanpa lindungan, tanpa bapa
Tanpamu Ayah, kuranglah bahagia
Tanpamu Ayah, terasa kurang segalanya

Ya Allah, kurniakanlah perlindunganMu
Kepada Ayah agar sentiasa bawah jagaanMu
Ya Allah, berkatilah segala jasa Ayahku
Kerana Engkaulah yang Maha Mengetahui lagi Maha Pengampun.

Lega sebak di dada setelah diluahkan dalam seni sajak. Aku redha dengan apa yang berlaku. Sememangnya banyak dugaan tahun 2020 ini.