Set Hantaran Kahwin Simple Tetapi Bermakna – Tak dinafikan, hantaran perkahwinan adalah adat turun temurun yang sangat indah. Begitu tersirat maksud dalaman hantaran dengan bilangan ganjil yang dibalas balas. Tersusun indah dengan pelbagai jenis hantaran, teratur dengan tata susila adat resam kesopanan dengan keindahan alam perkahwinan.

Namun, pening kepala juga kadang-kadang apabila difikirkan apakah hantaran kahwin simple yang boleh diatur, lagi-lagi dizaman yang agak mencabar ini. Cabaran kewangan dan lebih lebih lagi cabaran masa yang sentiasa mengejar. Permintaan bakal mertua pula mahukan yang high class, hingga takdaya rasanya, namun tak sanggup pula untuk berkata tidak. Sudah tentu kita ingin impress bakal mertua lebih-lebih lagi pasangan.

Wirdora Set Locera

Maka disini datang lah idea untuk hantaran kahwin simple yang boleh dijadikan sebagai hantaran untuk pasangan anda, dengan harga yang berpatutan disamping ia datang dengan set lengkap iaitu, set aksesori wanita wirdora dengan batu swarovski sangat sesuai untuk dijadikan satu set hantaran kahwin simple untuk pasangan anda. Di Wirdora Online Shop, anda boleh dapati beberapa set aksesori wanita yang sangat sesuai dijadikan hantaran kahwin yang simple tapi bermakna buat si dia. Antaranya:

  • Set Locera
  • Set Lovely
  • Set Aster
  • Set Daisy
  • Set Azalea
  • …dan berbagai set lagi yang anda boleh dapati di kedai online wirdora.

Maka tak perlu pening – pening lagi pasal hantaran kahwin simple ni, terus pegi ke Kedai Online Wirdora dan dapatkan set-set ini untuk hantaran perkahwinan yang anda rancangkan dengan simple tapi penuh makna. Tahniah!!.

OK, set hantaran simple pertama selesai, namun tak kan satu sahaja? Tentu ada beberapa lagi barangan yang sesuai untuk dijadikan hantaran simple yang bermakna, paling tidak lima dibalas tujuh, jadi apa lagi antara idea menarik untuk hantaran simple tapi pernuh bermakna ini setelah mendapatkan set Wirdora yang sesuai untuk hantaran kahwin simple yang pertama. Ada beberapa faktor idea yang boleh dijadikan hantaran simple ini antaranya:

Idea Set Hantaran Kahwin Simple: Buah – Buahan

Iya, buah-buahan! Mudah cari di pasaran, murah dan esklusif, simple serta sihat dan bermakna. Tapi nak pilih buah ni perlu bijak juga kerana tak boleh ambil buah sebarangan, pemilihan buah akan menampakkan anda seorang yang berpengetahuan. Buah yang dipilih perlulah:

1. Pilihan Warna

Pilihan buah-buahan yang berbagai wana akan menaikkan seri hantaran anda namun pilihan warna buah perlu mengikut warna tema hantaran kahwin anda supaya tak nampak janggal atau ‘out of sight’. Formulanya sama seperti formula yang diguna pakai oleh pakar-pakar pereka grafik diluar sana, iaitu pemilihan warna panas atau warna sejuk. [Warna Panas: Merah / Kuning / Oren] [Warna Sejuk: Hijau / Biru / Ungu]. Maka cadangan terbaik untuk pemilihan warna buah adalah berlawanan dengan warna tema hantaran anda. Terbaik!

2. Pilihan Buah

Pemilihan buah juga perlu diteliti, sehingga tidak memilih buah yang tidak sesuai dijadikan hantaran seperti buah durian. Walaupun dikatakan sebagai ‘king of fruit’, ia sangat tidak sesuai kerana baunya yang mengancam, rupanya yang menawan dan saiznya yang besar dan berat. Antara kategori buah yang sesuai dijadikan hantaran adalah yang kecil, ringan, wangi dan warna yang terang. Antara kombinasi buah yang paling menarik adalah: [Warna Panas: Epal Merah / Oren / Buah Naga / Pisang / Delima] [Warna Sejuk: Anggur Hijau / Anggur Unggu / Plum Ungu / Blue Berry]

Ok, seterusnya kita perlulah kilatkan buah-buahan tersebut bagi nampak menarik. tips nya senang sahaja, ambil tisu gulung (bukan tisu jamban ye!!) dan gosokkan sahaja pada buah tersebut. Setelah beberapa kali gosokan buah anda akan berkilat dengan sendirinya! Wow cantiknya!

Idea Set Hantaran Kahwin Simple: Sirih Junjung

Sirih junjung merupakan pelengkap kepada adat resam kesopanan dan kesusilaan serta kehalusan seni budaya Melayu yang sangat berwibawa tinggi. Tentu saja sangat relevan bagi majlis-majlis perkahwinan lebih-lebih ia menaikan martabat dan keanggunan sesebuah majlis yang diserikan dengan Sirih Junjung ini. Jika ditanya kepada mereka yang lebih berusia pasti jawapannya perlu ada kerana ia sebagai pelengkap adat resam Melayu. Malah sejak zaman berzaman sirih junjung antara barang yang perlu ada dalam istiadat pertunangan mahupun perkahwinan.

Namun apakah yang menjadikan Sirih Junjung ini istimewa dalam sesebuah majlis? Haa disini kita kongsikan rahsia tersirat disebalik Sirih Junjung ini secara tak langsung menjadikan anda lebih menghargai dan mengetahui maksud tersirat disebalik kecantikan Sirih Junjung. Setidaknya apabila ditanya dengan bakal mertua, tentu sahaja anda dapat menjawab dengan yakin dan bangga.

1. Sirih Junjung Adalah Penghulu Hantaran

Kenapa? Dia diibaratkan sebagai pembuka bicara atau pembasah mulut. Orang dulu-dulu, sirih junjung ini disediakan oleh pihak lelaki manakala tepak sirih yang dilengkapi gambir, pinang dan kapur pula pihak perempuan. Apabila kedua pihak bersua muka, pihak lelaki akan mengambil bahan dari tepak sirih yang disediakan lalu mengunyahnya sebelum bermula majlis perbincangan, maka jadilah ia sebagai pembasah mulut.

2. Lambang Asam Garam Rumah Tangga Yang Mempunyai Suka Dan Duka

‘Happy ending’, ‘happily ever after’ yang selalu diceritakan dalam movie-movie barat adalah untuk imaginasi dan berangan sahaja. Kehidupan sebenar jauh berbeza, dan adat resam ini memberi peringatan halus kepada bakal-bakal pengantin yang ingin menempuh kehidupan lebih jauh, perkahwinan ini ada manisnya, masamnya, masinnya, dan pahitnya, perlu diharungi bersama dengan ikatan yang kuat serta pengangan kepada agama yang kukuh. Begitu juga dengan sirih junjung yang digubah dengan daun sirih dan campuran beberapa bahan-bahan lain di mana jika ianya di makan, akan timbullah rasa manis, masam, pahit dan masin.

3. Bahan-bahan Sirih Junjung Yang Tersurat Juga Mempunyai Makna Tersirat

  • Sirih: Membawa maksud mulia hatinya, berani, tidak mudah berputus asa dan rendah diri
  • Gambir: Rasa pahitnya menggambarkan keteguhan hati seseorang
  • Kapur: Memberi rasa yang payau, pahit serta hangat. Ia membawa maksud hati yang suci tetapi boleh memberontak jika dicabar
  • Pinang: Melambangkan keturunan yang baik dan berhati mulia
  • Tembakau: Membawa maksud seorang yang tabah dan sanggup berkorban di dalam apa jua hal
  • Cengkih: Rasanya yang pedas memberi gambaran seseorang yang berpegang kuat pada prinsip

Tak sangka kan? Begitu indah makna tersirat Sirih Junjung ini bila diteliti. Malah cara gubahan juga ada caranya, anda hendaklah memilih daun sirih yang segar dan pelbagai saiz – sekurang-kurangnya 13 helai. Kemudian daun sirih itu akan disusun dan dibentuk mengikut citarasa penggubahnya. Setelah siap, bahan-bahan lain seperti pinang, gambir, cengkih dan kapur pula akan diletakkan di celah-celah susunan daun sirih.

Selain tu, penggunaan bunga-bunga segar seperti bunga kekwa dan bunga mawar juga memainkan peranan dengan diletakkan di celah lipatan daun sirih. Namun gubahan dan bahan-bahan ini anda tak perlu risau kerana banyak kedai-kedai pengantin diluar sana sudah menyediakan perkhidmatan Sirih Junjung ini dalam pakej mereka. Jadi, order sahaja.. Simple bukan tapi penuh bermakna!

Idea Set Hantaran Kahwin Simple: Kek

Kek juga boleh dijadikan hantaran kahwin yang simple tapi bermakna. Konsep hantaran kek ini lebih kurang sama dengan konsep hantaran buah, iaitu menggunakan warna tetapi kali ini kita tidak menggunakan warna yang berbeza dengan warna tema tetapi warna yang sama dengan warna tema untuk memberikan keserasian kepada hantaran kek. Contohnya sekiranya tema hantaran bewarna biru maka warna kek hendaklah bewarna biru cair atau biru pekat, memberikan anda ‘sense of shades or shadow’ kepada kek untuk menyerlahkan lagi warna keseluruhan tema.

Kek hantaran tidak sama dengan kek kahwin. Kek kahwin dipotong semasa majlis dan lebih kepada hiasan manakala kek hantaran akan dimakan oleh keluarga selepas majlis. Apa yang menariknya tentang kek ini, anda boleh membuat lapisan luaran mengikut kreativiti anda, sama ada krim ataupun ‘icing’. Oleh itu pastikan pilihan lapisan luaran menepati keperluan dan daya tahan. Contohnya, lapisan krim sesuai untuk tempat yang sejuk supaya krim tak cair dan lapisan ‘icing’ pula lebih bersifat tahan lasak dan tidak mudah tercalit.

Manakala lapisan dalaman keknya pula samada sponge kek atau butter kek terpulang kepada selera pihak penerima. Menarik bukan, bukan sahaja simple tetapi sangat bermakna, kerana kek ini akan dimakan santai selepas penat-penat dari majlis sepanjang hari. Jadi pastikan ianya sedap ye!

Idea Set Hantaran Kahwin Simple: Kelengkapan Keagaaman

Kita sangat beruntung dilahirkan dalam kalangan orang islam, berkahwin mengikut syariat islam dan menjalani kehidupan sebagai seorang islam. Oleh itu tidak ralat atau pelik kiranya diselitkan sekali kelengkapan keagaaman didalam hantaran kita. Simple bukan? Namun ia sangat bermakna untuk kehidupan dunia dan akhirat! Antara kelengkapan keagaaman yang boleh dijadikan sebagai hantaran adalah:

  1. Telekung
  2. Sejadah
  3. Kopiah / Serban
  4. Kain Pelikat
  5. Al-Quran
  6. Tasbih

Kolot? Tunjuk islamik? Murah? Hohoho tidak sama sekali. Itu semua adalah stigma masyarakat yang agak kurang faham dengan keindahan kelengkapan keagaamaan ini. Walaupun nampak simple tetapi simbolik disebalik kelengkapan ini adalah sangat mendalam. Ia ibarat satu azam, langkah, permulaan, malah satu pegangan prinsip keagaaman yang jitu memberikan makna ikatan perkahwinan yang disaluti dengan rahmah dan barakah serta kasih sayang dari yang ESA dan menjadikan agama sebagai panduan dan asas utama dalam mengharungi fasa baru dalam hidup alam perkahwinan, supaya tidak mudah terpesong dan lupa.

Dengan adanya kelengkapan ini dalam hantaran, secara tak lansung ia menjadi sebagai satu niat untuk menjadi lebih baik untuk suami, isteri, anak, keluarga dan masyarakat, disamping menjalani kehidupan beragama dengan sempurna.

Idea Set Hantaran Kahwin Simple: Personal Taste

Baiklah yang terakhir ni special sikit, sebab ia bergantung kepada pilihan anda sendiri. Ya benar, set hantaran kahwin simple ini sebenarnya boleh jadi apa-apa sahaja, bergantung kepada faktor kewangan, minat, kesesuaian dan kata sepakat. Boleh jadi apa yang tak simple pada orang tetapi sangat simple dan sempoi bagi anda betul tak? Maka jangan terlalu pening-pening tentang hantaran ini. Garis panduannya adalah terletak pada dasar dan keinginan anda sendiri, yang penting faktor kewangan, minat, kesesuaian dan kata sepakat dicapai dalam membuat keputusan hantaran.

Anda suka, pasangan anda suka, jalan je… Simple bukan? Namun ianya sangat bermakna buat anda dan pasangan anda! Tahniah! Moga Bahagia Hingga Anak Cucu…