Sudah sebulan aku menggunakan Wirdora untuk mematuhi norma baharu sejak kembali ke pejabat. Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan menganjurkan norma baharu yang mesti diamalkan ialah berpelitup muka, mencuci tangan dengan sabun atau cecair nyahkuman dengan kerap, dan penjarakan sosial. Semasa pengumuman dibuat, memang sudah habis stok pelitup muka di pasaran. Mujur Wirdora memang celik dengan keperluan norma baharu!

Nasib aku baik kerana adik aku merupakan ejen jualan Wirdora. Memang dia bersungguh menyuruh aku membeli sehelai pelitup muka dari Wirdora semasa Hari Raya Aidilfitri lalu. Katanya ramai yang mencari. Walaupun aku tidaklah mencari pelitup muka ketika itu, aku turut membeli kerana tidak mahu ketinggalan. Lagipun fabrik yang digunakan memang selesa dan sesuai untuk pengguna hijab.

Tidak sangka pula kini aku sudah punya 20 helai pelitup muka dari Wirdora!

Norma baharu ke pejabat menuntut aku untuk melindungi diriku dan orang-orang tersayang di rumah untuk berpelitup muka. Pelitup muka dari Wirdora ini tahan cucian maka tidak perlu lagi aku risau dengan stok pelitup muka di kedai-kedai. Hal-hal sebegeni memang merungsingkan sejak COVID-19 melanda.

Malah aku membeli pelitup muka dari Wirdora juga untuk anak-anakku. Face Mask Type 0 tiada butiran kristal dan sesuai untuk kanak-kanak mahupun lelaki dewasa. Rekabentuk pelitup muka yang bertali dan jenis kain yang memberi, membolehkan pelitup muka memberi pelindungan yang penuh pada kawasan berisiko. Yang paling utama, pelitup muka dari Wirdora ini selesa dan tidak terasa berkuap semasa dipakai.

Semasa kali pertama membeli dari adikku, aku berpendapat mungkin agak keterlaluan jika berpelitup muka bertatah kristal Swarovski. Sungguhnya tanggapan aku salah! Pelitup muka yang bertatah kristal asli Swarovski menaikkan seri pemakai, dan jauh sekali dari tampak keterlaluan. Ini kerana rekaan batu kristal dari Swarovski yang dipilih oleh Wirdora halus dan menberi pancaran cahaya yang lembut sahaja pada pelitup muka.

Pemilihan batu kristal Swarovski yang paling tepat untuk penggunaan sebegini sememangnya ilmu yang dipegang oleh jenama Wirdora yang merupakan Ingredient Branding Partner yang sah Swarovski. Tidak dapat disangkal lagi kualiti barangan Wirdora yang sentiasa memberi yang terbaik pada setiap produk keluaran mereka. Sehinggakan batu kristal yang ditatah pada kain pelitup muka pun aku yakin ada piawai yang ditetapkan.

Bukan tak pernah aku membelek pelitup muka buatan Wirdora. Aku perhatikan yang setiap batu kristal memang ditatah secara seragam dalam jarak dan suduk yang sekata. Batu kristal pula ditatah dengan gam yang kemas tetapi sangat kuat. Ketelitian terhadap kualiti sebegini membuatkan aku tidak lokek untuk menyokong jenama tempatan ini. Tidak keterlaluan jika aku katakan yang hasil kerja Wirdora ni sememangnya bertaraf antarabangsa.

Itulah yang tanpa aku sedari, aku sudah pun memiliki 20 helai pelitup muka dari Wirdora. Aku membeli setiap warna yang ada dan setiap reka bentuk corak kristal yang mereka hasilkan. Dan sekiranya ada warna atau reka bentuk kristal baharu dari mereka, sememangnya aku akan membeli. Pelitup muka sudah pun menjadi sebahagian dari norma baharu. Alang-alang sudah dipakai di muka, biarlah yang paling menarik dan terbaik. Tak begitu?

Tak dinafikan kegemaran aku untuk penggunaan sehari-hari ialah Type 2 kerana kristal Swarovski yang ditabur serata pelitup mukanya menggunakan kristal Swarovski metalik. Kemasan sebegini halus dan kilauannya tak keterlaluan. Sesuai dengan diriku. Namun, sifat pekerjaanku yang memerlukan banyak komunikasi bersama orang membuatkan aku suka untuk menggunakan pelitup muka Wirdora Type 1. Kilauan batu Swarovski di bahagian atas pelitup muka secara tidak sengaja menarik tumpuan yang lebih kepada mataku. Oleh kerana mulutku yang sudah berpelitup, sekurang-kurang komunikasi secara mata menjadi semakin kuat.

Wirdora Hijab Friendly Face Mask

Pelitup Muka Wirdora Type 3 sememangnya aku simpan untuk kegunaan yang lebih istimewa. Sekiranya ada pertemuan dengan orang yang besar-besar, ataupun pertemuan dengan prospek yang memerlukan aku berkeyakinan dan berketrampilan menarik. Pelitup Muka Wirdora Type 3 lah jawapannya. Reka bentuk tabur untuk pelitup muka Wirdora Type 3 menggunakan kristal Swarovski jenis Aurora Borealis dan diselang dengan kristal Swarovski metalik yang bewarna. Aku akui, kepandaian berinteraksi dan bekerja tidak akan kalah dengan ketrampilan gaya yang menarik. Tetapi apalah salahnya jika bergaya untuk keyakinan dan kepuasan diri.

Sememangnya aku berpuas hati memiliki setiap pelitup muka Wirdora dengan kemasan batu Swarovski ini. Bukan sahaja pelitup muka dari Wirdora ini berkualiti semata-mata (baca di sini untuk ujian-ujian kualiti yg dilakukan ke atas pelitup muka ini), malah boleh dijadikan sebagai aksesori yang menarik dan memudahkan kegiatan harian norma baharu. Perbezaan reka bentuk seni Type 1, Type 2 dan Type 3 menunjukkan ketelitian dalam pemilihan warna dan jenis kristal Swarovski bukanlah tugas bagai melepas batok di tangga.

Impak kristal Swarovski pada aksesori berkualiti Wirdora bukan sahaja terpancar semasa aku membuat keputusan untuk membeli, malah impaknya berkekalan dengan mereka yang berinteraksi dengan aku. Aku bukanlah yang paling arif tentang tata rias, tetapi belum pernah lagi aku kecewa dengan pembelian aksesori hijab dari Wirdora. Contohnya cincin tudung pelbagai fungsi Miranda ini atau scarf buckle Papillon mereka yang cantik dan berkualiti.

Seperti yang aku katakan tadi, aku bertuah kerana adikku seorang ejen #WirdoraWarrior, jadi dia akan membeli dengan pantas mana-mana aksesori Wirdora yang dia agak aku akan berminat. Mereka yang tidak bertuah sepertiku acapkali berputih mata dengan aksesori Wirdora habis dijual sebaik sahaja dilancarkan. Walaupun sudah mempunyai koleksi aksesori hijab Wirdora yang besar, dan kini pelitup muka keluaran Wirdora pula, hati aku tetap mengatakan yang masih boleh lagi menambah koleksi ini. Begitulah wanita, Wirdora Your Faithful Companion, sangat memahami diriku!